Powered by Blogger.

Popular Posts

Find us on facebook

Flickr Gallery

Friday, 1 May 2015

CARA INSTALL KASPERSKY INTERNET SECURITY 2015

Selepas selesai membeli kod pengaktifan (activation code) 20 angka, langkah seterusnya adalah memuat turun installer Kaspersky Internet Security 2015 dan menginstall perisian tersebut. Sepanjang proses instalasi, pastikan anda hidupkan sambungan internet.

Langkah 1:
Pergi ke laman web rasmi kaspersky atau klik sahaja pautan ini, http://usa.kaspersky.com/downloads/free-home-trials/internet-security/download untuk memuat turun installer tersebut.


Langkah 2:
Apabila proses muat turun selesai. Run installer ini dengan mengklik pada installer tersebut sebanyak dua kali.
 Dan ikut gambar di bawah ini satu persatu.


Klik dua kali pada installer KIS2015

Sekiranya muncul pop up seperti ini, klik sahaja run.




Proses instalasi akan bermula. Sekiranya muncul amaran yang menyatakan ada program yang tidak compatible dengan KIS2015, anda perlu uninstall program tersebut terlebih dahulu.



Kadang-kadang akan muncul gangguan seperti ini dalam proses installasi. Gambar di atas menunjukkan ada komponen yang tidak cukup (Microsoft.Net Framework 4.0) dalam sistem anda untuk membolehkan KIS2015 berfungsi. Oleh itu, saya sarankan pada awal-awal tadi, pastikan anda hubungkan pada internet sewaktu proses installasi kerana installer KIS2015 ini bersifat mesra pengguna yang mana jika ia mengesan ada komponen yang tidak cukup dalam sistem anda, dia akan terus memuat turun komponen tersebut secara automatik.

Installer KIS2015 sedang memuat turun komponen yang tidak cukup tadi.

Installer KIS2015 menginstall terus Microsoft.Net Framerwork 4.0 iaitu komponen yang tiada dalam sistem anda tadi.

Pop up ini muncul menunjukkan proses installasi sudah selesai, dan KIS2015 sedang run.

Langkah 3:
Memasukkan activation code. Apabila muncul paparan seperti di bawah, masukkan activation code 20 digit yang telah anda beli.
Tempat untuk masukkan activation code. Dan klik activate. SELESAI!!

Nota tambahan:

Activation code adalah unik, ia tidak boleh digunakan untuk banyak pc atau laptop. Sebagai contoh, ada activation code yang hanya boleh digunakan untuk 1 pc sahaja dan ada yang boleh digunakan untuk 3 pc sahaja. Oleh itu, pastikan anda patuhi syarat penggunaan activation code tersebut. Sekiranya anda menggunakan activation code tersebut melebihi had yang dibenarkan, pihak kaspersky akan menyekat ataupun blok license key anda dan pop up akan keluar, “your license key have been blacklisted.”

Activation code original mempunyai jangka hayat 365 hari. Pastikan anda install dan menggunakan activation code tersebut secepat mungkin selepas menerimanya kerana jangka hayatnya akan berkurang sekiranya anda mengaktifkannya terlalu lewat.













0 comments:

Post a Comment