Powered by Blogger.

Popular Posts

Find us on facebook

Flickr Gallery

Sunday, 3 May 2015

DISKAUN DAN KEUNTUNGAN BAGI EJEN EASYRELOAD (68TOPUP)

Konsep menjual topup ini adalah sama seperti konsep menjual barang-barang biasa atau konsep dropship, yang mana anda membeli barang-barang tersebut dengan harga yang lebih murah dan kemudian menjualnya dengan harga semasa. Anda perlu bank in duit sebagai modal, dan duit itu akan dimasukkan ke dalam akaun anda di 68topup.com sebagai balance. Balance ini la yang akan anda gunakan untuk topupkan customer.


Sebagai contoh anda bank in modal sebanyak RM120. Sekarang, balance anda di 68topup.com adalah RM120.

Lihat jadual diskaun di bawah.

Diskaun adalah berbeza bagi setiap telco

Katakan seorang customer mahu membeli topup celcom RM10. Customer akan membayar anda sebanyak RM10.60 (harga semasa). Dengan menggunakan transaksi tertentu anda masukkan topup RM10 ke dalam nombor customer tadi. Tapi balance anda cuma ditolak sebanyak RM10.0488. Ini kerana, diskaun bagi celcom adalah 5.20%. Lihat pengiraan di bawah:

Harga diskaun = peratus diskaun x harga semasa
= 5.2% x RM10.60
= RM 0.5512
Nilai balance yang akan ditolak = Harga semasa – Harga diskaun
= RM10.60 – RM0.5512
= RM10.0488
Balance anda cuma ditolak sebanyak RM10.0488 sahaja, sedangkan customer bayar anda RM10.60. Anda sudah untung RM0.5512!!!!

Balance yang masih tinggal = RM120 – RM10.0488
= RM109.9512


OK, balance anda sekarang tinggal RM109.9512

Kemudian, datang pula customer kedua untuk beli topup maxis RM30. Dengan menggunakan transaksi, topup RM30 masuk ke nombor maxis customer tersebut. Dia akan bayar anda RM31.80 (harga semasa). Nilai yang akan ditolak daripada balance anda ialah RM30.6234.

Ini kerana, diskaun untuk maxis adalah 3.7% mengikut jadual di atas.
Harga diskaun = peratus diskaun x harga semasa
= 3.7% x RM31.80
= RM1.1766 (ini adalah nilai diskaun dan keuntungan anda)
Nilai balance yang akan ditolak = Harga semasa – Harga diskaun
= RM31.80- RM1.1766
= RM30.6234

LIHAT!! Balance anda cuma ditolak sebanyak RM30.6234 tetapi customer tadi membayar anda RM31.80. Anda sudah untung RM1.1766.

Balance yang masih tinggal adalah RM 109.9512 – RM 30.6234 = RM 79.3278




Friday, 1 May 2015

URUTAN UNTUK MENJADI EJEN TOPUP



1. Berurusan dengan dealer.
    Sebelum mendaftarkan anda sebagai ejen topup, dealer akan memberi sedikit penerangan dan             menjelaskan mengenai yuran dan cara pembayaran.
2. Selesai pendaftaran.
    Selepas anda selesai membuat pembayaran, dealer akan meminta nama dan nombor telefon yang         akan anda gunakan untuk menjual topup. Selesai pendaftaran, password akan dihantar ke nombor       anda. Sekarang anda sudah boleh log in di laman web 68topup.com. Langkah pertama yang perlu       anda lakukan adalah menukar password terlebih dahulu. Anda juga boleh log in menerusi aplikasi       android dan menukar password.
3. Tambah modal atau tambah balance. 
    Anda mempunyai dua pilihan sama ada ingin berurusan dengan dealer yang mendaftarkan anda           atau terus buat bank in ke akaun admin. Cuma saranan saya, pada peringkat awal adalah lebih baik     sekiranya anda berurusan dengan dealer untuk tambah modal. 
    Sekiranya anda ingin menggunakan modal lebih daripada RM100, anda boleh berurusan dengan         dealer atau terus bank in ke akaun admin. Jika anda terus bank in ke akaun admin, ada beberapa         perkara yang perlu dititikberatkan.
    (i) Pastikan nilai yang anda bank in adalah lebih daripada RM100. Bawah RM100, tidak akan                  diproses.
    (ii) Pastikan anda tidak menggunakan IBG sekiranya menggunakan bank transfer. Jika ingin                     gunakan bank transfer, pastikan sama bank seperti Maybank ke Maybank atau CIMB ke                       CIMB.
    (iii)Selepas selesai bank in, hantarkan butiran transaksi melalui web ataupun kod sms.
4. Menjual Topup
    Untuk peringkat permulaan, pastikan anda tahu menggunakan fungsi topup terlebih dahulu. Klik         pautan di bawah untuk fungsi topup atau reload. 
    
   Klik di sini untuk topup menggunakan laman web
   Klik di sini untuk topup menggunakan kod sms
   Klik di sini untuk topup menggunakan applikasi android
   

CARA INSTALL KASPERSKY INTERNET SECURITY 2015

Selepas selesai membeli kod pengaktifan (activation code) 20 angka, langkah seterusnya adalah memuat turun installer Kaspersky Internet Security 2015 dan menginstall perisian tersebut. Sepanjang proses instalasi, pastikan anda hidupkan sambungan internet.

Langkah 1:
Pergi ke laman web rasmi kaspersky atau klik sahaja pautan ini, http://usa.kaspersky.com/downloads/free-home-trials/internet-security/download untuk memuat turun installer tersebut.


Langkah 2:
Apabila proses muat turun selesai. Run installer ini dengan mengklik pada installer tersebut sebanyak dua kali.
 Dan ikut gambar di bawah ini satu persatu.


Klik dua kali pada installer KIS2015

Sekiranya muncul pop up seperti ini, klik sahaja run.




Proses instalasi akan bermula. Sekiranya muncul amaran yang menyatakan ada program yang tidak compatible dengan KIS2015, anda perlu uninstall program tersebut terlebih dahulu.



Kadang-kadang akan muncul gangguan seperti ini dalam proses installasi. Gambar di atas menunjukkan ada komponen yang tidak cukup (Microsoft.Net Framework 4.0) dalam sistem anda untuk membolehkan KIS2015 berfungsi. Oleh itu, saya sarankan pada awal-awal tadi, pastikan anda hubungkan pada internet sewaktu proses installasi kerana installer KIS2015 ini bersifat mesra pengguna yang mana jika ia mengesan ada komponen yang tidak cukup dalam sistem anda, dia akan terus memuat turun komponen tersebut secara automatik.

Installer KIS2015 sedang memuat turun komponen yang tidak cukup tadi.

Installer KIS2015 menginstall terus Microsoft.Net Framerwork 4.0 iaitu komponen yang tiada dalam sistem anda tadi.

Pop up ini muncul menunjukkan proses installasi sudah selesai, dan KIS2015 sedang run.

Langkah 3:
Memasukkan activation code. Apabila muncul paparan seperti di bawah, masukkan activation code 20 digit yang telah anda beli.
Tempat untuk masukkan activation code. Dan klik activate. SELESAI!!

Nota tambahan:

Activation code adalah unik, ia tidak boleh digunakan untuk banyak pc atau laptop. Sebagai contoh, ada activation code yang hanya boleh digunakan untuk 1 pc sahaja dan ada yang boleh digunakan untuk 3 pc sahaja. Oleh itu, pastikan anda patuhi syarat penggunaan activation code tersebut. Sekiranya anda menggunakan activation code tersebut melebihi had yang dibenarkan, pihak kaspersky akan menyekat ataupun blok license key anda dan pop up akan keluar, “your license key have been blacklisted.”

Activation code original mempunyai jangka hayat 365 hari. Pastikan anda install dan menggunakan activation code tersebut secepat mungkin selepas menerimanya kerana jangka hayatnya akan berkurang sekiranya anda mengaktifkannya terlalu lewat.