Powered by Blogger.
Blog Archive
Popular Posts
-
Reload PIN adalah lebih kurang sama dengan reload, cuma kali ini nilai reload itu tidak masuk terus ke akaun prabayar tetapi sebaliknya cus...
-
OutgoingMessage adalah mesej-mesej yang dihantar oleh server kepada anda setiap kali anda melakukan transaksi. Semuanya dapat dilihat di si...
-
Melalui TxHistory, anda dapat melihat semula transaksi-transaksi yang dilakukan mengikut tarikh yang dipilih. Paparan apabila TxHisto...
-
UNTUK SEBARANG URUSAN PEMBELIAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA!! WhatsApp/SMS/Call 0112-0789083 (SHAHMIR) EMAIL: shahmirsalleh@...
-
Paparan selepas 'search' diklik Melalui fungsi search, anda dapat melihat semula transaksi yang telah anda lakukan. Sebagai c...
-
Specification : 1. Input: DC 5V 2A 2. Output: 5V 1A,5V 2.1A ≥31.5wh 3. Built-in battery capacities: 3.7V/10000mAh 37wh 4. Battery Type:...
-
Reload bermaksud isian semula akaun prabayar yang telah kehabisan kredit. Fungsi ini adalah yang paling kerap digunakan. Paparan ap...
-
EASYRELOAD KASPERSKY INTERNET SECURITY
-
Melalui agent info, anda dapat melihat beberapa informasi mengenai akaun anda. Paparan apabila AgentInfo dipilih Balance: B...
-
Kadang-kadang kita perlu reload berpuluh nombor dalam satu masa. Melalui laman web 68topup, ianya menjadi sangat mudah dengan adanya fungsi...
About Me
Find us on facebook
Flickr Gallery
Sunday, 3 May 2015
DISKAUN DAN KEUNTUNGAN BAGI EJEN EASYRELOAD (68TOPUP)
00:09
|
Konsep menjual topup ini adalah sama
seperti konsep menjual barang-barang biasa atau konsep dropship, yang
mana anda membeli barang-barang tersebut dengan harga yang lebih
murah dan kemudian menjualnya dengan harga semasa. Anda perlu bank in
duit sebagai modal, dan duit itu akan dimasukkan ke dalam akaun anda
di 68topup.com sebagai balance. Balance ini la yang akan anda gunakan
untuk topupkan customer.
Sebagai contoh anda bank in modal
sebanyak RM120. Sekarang, balance anda di 68topup.com adalah
RM120.
Lihat jadual diskaun di bawah.
Lihat jadual diskaun di bawah.
Diskaun adalah berbeza
bagi setiap telco
Katakan seorang customer mahu membeli topup celcom RM10. Customer akan membayar anda sebanyak RM10.60 (harga semasa). Dengan menggunakan transaksi tertentu anda masukkan topup RM10 ke dalam nombor customer tadi. Tapi balance anda cuma ditolak sebanyak RM10.0488. Ini kerana, diskaun bagi celcom adalah 5.20%. Lihat pengiraan di bawah:
Harga diskaun = peratus diskaun x harga semasa
Harga diskaun = peratus diskaun x harga semasa
= 5.2% x RM10.60
= RM 0.5512
Nilai balance yang akan ditolak = Harga semasa – Harga diskaun
= RM10.60 – RM0.5512
= RM10.0488
Balance anda cuma ditolak sebanyak RM10.0488 sahaja, sedangkan customer bayar anda RM10.60. Anda sudah untung RM0.5512!!!!
Balance yang masih tinggal = RM120 – RM10.0488
= RM109.9512
OK, balance anda sekarang tinggal RM109.9512
Kemudian, datang pula
customer kedua untuk beli topup maxis RM30. Dengan menggunakan
transaksi, topup RM30 masuk ke nombor maxis customer tersebut. Dia
akan bayar anda RM31.80 (harga semasa). Nilai yang akan ditolak
daripada balance anda ialah RM30.6234.
Ini kerana, diskaun untuk
maxis adalah 3.7% mengikut jadual di atas.
Harga
diskaun = peratus diskaun x harga semasa
= 3.7% x RM31.80
= RM1.1766 (ini adalah nilai diskaun dan keuntungan
anda)
Nilai
balance yang akan ditolak = Harga semasa – Harga diskaun
= RM31.80- RM1.1766
= RM30.6234
LIHAT!! Balance anda cuma
ditolak sebanyak RM30.6234 tetapi customer tadi membayar anda
RM31.80. Anda sudah untung RM1.1766.
Balance yang masih tinggal
adalah RM 109.9512 – RM 30.6234 = RM 79.3278
Friday, 1 May 2015
URUTAN UNTUK MENJADI EJEN TOPUP
19:32
|
1. Berurusan dengan dealer.
Sebelum mendaftarkan anda sebagai ejen topup, dealer akan memberi sedikit penerangan dan menjelaskan mengenai yuran dan cara pembayaran.
2. Selesai pendaftaran.
Selepas anda selesai membuat pembayaran, dealer akan meminta nama dan nombor telefon yang akan anda gunakan untuk menjual topup. Selesai pendaftaran, password akan dihantar ke nombor anda. Sekarang anda sudah boleh log in di laman web 68topup.com. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menukar password terlebih dahulu. Anda juga boleh log in menerusi aplikasi android dan menukar password.
3. Tambah modal atau tambah balance.
Anda mempunyai dua pilihan sama ada ingin berurusan dengan dealer yang mendaftarkan anda atau terus buat bank in ke akaun admin. Cuma saranan saya, pada peringkat awal adalah lebih baik sekiranya anda berurusan dengan dealer untuk tambah modal.
Sekiranya anda ingin menggunakan modal lebih daripada RM100, anda boleh berurusan dengan dealer atau terus bank in ke akaun admin. Jika anda terus bank in ke akaun admin, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
(i) Pastikan nilai yang anda bank in adalah lebih daripada RM100. Bawah RM100, tidak akan diproses.
(ii) Pastikan anda tidak menggunakan IBG sekiranya menggunakan bank transfer. Jika ingin gunakan bank transfer, pastikan sama bank seperti Maybank ke Maybank atau CIMB ke CIMB.
(iii)Selepas selesai bank in, hantarkan butiran transaksi melalui web ataupun kod sms.
4. Menjual Topup
Untuk peringkat permulaan, pastikan anda tahu menggunakan fungsi topup terlebih dahulu. Klik pautan di bawah untuk fungsi topup atau reload.
Klik di sini untuk topup menggunakan laman web
Klik di sini untuk topup menggunakan kod sms
Klik di sini untuk topup menggunakan applikasi android
CARA INSTALL KASPERSKY INTERNET SECURITY 2015
19:08
|
Selepas selesai membeli kod pengaktifan
(activation code) 20 angka, langkah seterusnya adalah memuat turun
installer Kaspersky Internet Security 2015 dan menginstall perisian
tersebut. Sepanjang proses instalasi, pastikan anda hidupkan
sambungan internet.
Langkah 1:
Pergi ke laman web rasmi kaspersky atau klik sahaja pautan ini, http://usa.kaspersky.com/downloads/free-home-trials/internet-security/download untuk memuat turun installer tersebut.
Pergi ke laman web rasmi kaspersky atau klik sahaja pautan ini, http://usa.kaspersky.com/downloads/free-home-trials/internet-security/download untuk memuat turun installer tersebut.
Langkah 2:
Apabila proses muat turun selesai. Run installer ini dengan mengklik pada installer tersebut sebanyak dua kali. Dan ikut gambar di bawah ini satu persatu.
Apabila proses muat turun selesai. Run installer ini dengan mengklik pada installer tersebut sebanyak dua kali. Dan ikut gambar di bawah ini satu persatu.
Klik dua kali pada
installer KIS2015
Sekiranya muncul pop up
seperti ini, klik sahaja run.
Proses instalasi akan
bermula. Sekiranya muncul amaran yang menyatakan ada program yang
tidak compatible dengan KIS2015, anda perlu uninstall program
tersebut terlebih dahulu.
Kadang-kadang akan muncul
gangguan seperti ini dalam proses installasi. Gambar di atas
menunjukkan ada komponen yang tidak cukup (Microsoft.Net Framework
4.0) dalam sistem anda untuk membolehkan KIS2015 berfungsi. Oleh itu,
saya sarankan pada awal-awal tadi, pastikan anda hubungkan pada
internet sewaktu proses installasi kerana installer KIS2015 ini
bersifat mesra pengguna yang mana jika ia mengesan ada komponen yang
tidak cukup dalam sistem anda, dia akan terus memuat turun komponen
tersebut secara automatik.
Installer KIS2015 sedang
memuat turun komponen yang tidak cukup tadi.
Installer KIS2015
menginstall terus Microsoft.Net Framerwork 4.0 iaitu komponen yang
tiada dalam sistem anda tadi.
Pop up ini muncul
menunjukkan proses installasi sudah selesai, dan KIS2015 sedang run.
Langkah 3:
Memasukkan activation code. Apabila muncul paparan seperti di bawah, masukkan activation code 20 digit yang telah anda beli.
Memasukkan activation code. Apabila muncul paparan seperti di bawah, masukkan activation code 20 digit yang telah anda beli.
Tempat untuk masukkan
activation code. Dan klik activate. SELESAI!!
Nota tambahan:
Activation code adalah unik,
ia tidak boleh digunakan untuk banyak pc atau laptop. Sebagai contoh,
ada activation code yang hanya boleh digunakan untuk 1 pc sahaja dan
ada yang boleh digunakan untuk 3 pc sahaja. Oleh itu, pastikan anda
patuhi syarat penggunaan activation code tersebut. Sekiranya anda
menggunakan activation code tersebut melebihi had yang dibenarkan,
pihak kaspersky akan menyekat ataupun blok license key anda dan pop
up akan keluar, “your license key have been blacklisted.”
Activation code original
mempunyai jangka hayat 365 hari. Pastikan anda install dan
menggunakan activation code tersebut secepat mungkin selepas
menerimanya kerana jangka hayatnya akan berkurang sekiranya anda
mengaktifkannya terlalu lewat.
Thursday, 30 April 2015
APPLIKASI ANDROID
05:57
|
Anda juga boleh melakukan beberapa
transaksi menggunakan applikasi android tetapi ianya terhad untuk
beberapa fungsi sahaja. Namun ini adalah kaedah yang paling mudah dan
paling banyak digunakan.
Anda hanya perlu install applikasi 68
topup (68topup.apk) di telefon pintar anda.
Log in dengan menggunakan nombor
telefon anda dan juga password anda.
Masukkan nombor telefon dan password
Selepas berjaya log in, anda dapat melihat senarai
beberapa produk atau telco seperti maxis, digi, celcom, umobile,
tunetalk, xox, merchantrade, dissocial, digisidd, digibroadband,
buzzme, digisabahsarawak, altel, tron, digiinternet, friendi, njoi,
maxishotticket, onexox, digisiddindo. Rujuk gambar di bawah.
Senarai produk/telco yang dapat dilihat.
Fungsi yang terdapat dalam applikasi
android adalah terhad untuk reload dan menukar password sahaja.
RELOAD
Contoh:
Anda mahu topupkan nombor celcom
0139915462 sebanyak RM10
Tap pada gambar celcom.
Pilih RM10
Masukkan nombor 0139915462, tekan ok.
MENUKAR PASSWORD
Lihat di penjuru atas sebelah kanan,
ada 3 noktah bertindih. Tap yang itu dan pilih change password.
Masukkan password lama anda dan kemudian masukkan password baru. Rujuk 2 gambar di bawah.
TRANSAKSI SMS
05:23
|
Easyreload juga membolehkan anda
melakukan beberapa transaksi dengan hanya menggunakan sms seperti
Reload, Reloadpin, Tambah modal, check balance dan sebagainya. Oleh
itu, sekiranya tiada internet atau telefon pintar, anda masih boleh
menggunakan sistem Easyreload ini.
NOMBOR GATEWAY
Sebelum itu, mari berkenalan dengan
beberapa number gateway. Number gateway ini penting kerana semua
kod-kod sms anda perlu dihantar ke nombor-nombor ini. Server 68topup
memiliki beberapa number gateway seperti di bawah.
| Telco | Gateway Number |
| Celcom | O134946969 |
| Digi | O134646969 |
| Maxis | O134246969 |
| Umobile | O166204444 |
Saranan saya, gunalah gateway number
yang sama telco dengan nombor anda. Sebagai contoh, anda menggunakan
nombor celcom, jadi, gunalah gateway number 0134946969. Ini kerana,
setiap sms yang dihantar ke nombor-nombor gateway ini akan dicaj sama
seperti anda menghantar sms ke nombor kawan-kawan anda. Jika sama
telco, pastinya lebih murah.
KOD ARAHAN SMS
Berikut adalah beberapa kod sms yang
boleh anda temui di website 68topup.
| ProductID | Product | Keyword | Denomination/Amount | Instruction |
| 1 | MAXIS | M | 5, 10, 20, 30, 60, 100 | Customer phone number.m5 |
| 2 | DIGI | D | 5-20, 25, 30, 35, 40, 45, 50, 55, 60, 65, 70, 75, 80, 85, 90, 95, 100, 150, 200, 250, 300 | Customer phone number.d5 |
| 3 | CELCOM | C | 5-50, 100 | Customer phone number.c5 |
| 4 | UMOBILL | U | 5 --200 | Customer phone number.u5 |
| 5 | TUNETALK | T | 5, 10, 15, 20, 30, 50, 100, 200, 300, 400, 500 | Customer phone number.t5 |
| 6 | XOX | X | 5, 6, 7, 8, 9, 10, 15, 20, 25, 30, 40, 50, 60, 70, 80, 90, 100 | Customer phone number.x5 |
| 16 | MERCHANTRADE | MC | 5-50, 100 | Customer phone number.mc5 |
| 27 | UMOBILEBILL | UB | 5--300 | Customer phone number.ub5 |
| 29 | DIGISSOCIAL | DS | 15 | Customer phone number.ds15 |
| 30 | DIGISIDD | DI | 15 | Customer phone number.di15 |
| 31 | DIGIBROADBAND | DBB | 5, 10, 30, 50, 100 | Customer phone number.dbb10 |
| 32 | DIGIBILL | DB | 5--500 | Customer phone number.db10 |
| 36 | MOLPIN | MOL | 10, 30, 50, 100 | Customer phone number.mol10 |
| 67 | ITALKPIN | ITP | 10, 20, 30 | Customer phone number.itp10 |
| 87 | BUZZME | BM | 10, 30, 50, 100 | Customer phone number.bm10 |
| 96 | CLIXTERPIN | CT | 10, 30 | Customer phone number.ct10 |
| 98 | DIGISABAHSARAWAK | DSB | 5-20, 25, 30, 35, 40, 45, 50, 55, 60, 65, 70, 75,80,85, 90,95,100, 150, 200, 250, 300 | Customer phone number.dsb10 |
| 100 | ALTEL | A | 5-50, 51-100 | Customer phone number.a10 |
| 101 | TRON | TR | 10, 30, 50, 100 | Customer phone number.tr10 |
| 102 | CELCOMBILL | CB | 10--1000 | Customer phone number.cb10 |
| 103 | MAXISBILL | MB | 10--500 | Customer phone number.mb10 |
| 104 | IDFLEXI | INDO | 10, 25, 50, 100 | Indonesia phone number.indo25 |
| 105 | DIGIINTERNET | CF | 5—50, 100 | Not available |
| 106 | FRIENDI | F | 5, 10, 20, 30, 50, 100 | Customer phone number.f10 |
| 115 | REDONEBILL | RT | 8--300 | Customer phone number.rt10 |
| 116 | XOXBILL | XB | 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 15, 20, 25, 30, 40, 50, 60, 70, 80, 90, 100 | Customer phone number.xb10 |
| 117 | ASTROBILL | ASTB | 30-300, 350, 400, 450, 500 | Astro account number.astb10 |
| 118 | NJOI | NJ | 5, 10, 20, 50, 100 | Astro smart card number.nj10 |
| 119 | MAXISHOTTICKET | MH | 0 | Customer phone number.mh15 |
| 120 | NPFLEXI | NEPAL | 100, 200 | Nepal phone number.nepal10 |
| 121 | BDFLEXI | BANGLA | 50, 100, 150, 200, 250, 300, 500 | Bangladesh phone number.bangla50 |
| 122 | TNBBILL | TNB | 5--200 | Ooooxxxxxxxxxx.tnb |
| 123 | TMUNIFIBILL | TMB | 20-500 | Ooooxxxxxxx.tmb |
| 124 | SPEAKOUTPIN | SOP | 10, 50 | 010xxxxxx.SOP10 |
| 125 | DIGIPIN | DP | 10, 15, 30, 100 | Customer phone number.dp10 |
| 126 | ONEXOX | ONEX | 5, 6, 7, 8, 9, 10, 15, 20, 25, 30, 40, 50, 60, 70, 80, 90, 100 | Customer phone number.onex |
| 127 | YESPIN | YP | 10, 30 | Customer phone number.yp10 |
| 128 | YESBILL | YB | 10--500 | yesID@yes.my/yes number |
| 129 | MAXISPIN | MP | 60 | Customer phone number.mp10 |
| 130 | TUNETALKPIN | TP | 10, 30, 50 | Customer phone number.tp10 |
| 131 | UMOBILEPIN | UP | 10, 50 | Customer phone number.up10 |
| 132 | XOXPIN | XP | 10, 30, 50 | Customer phone number.xp10 |
| 133 | CELCOMPIN | CP | 10, 30 | Customer phone number.cp10 |
| 134 | DIGISIDDINDO | DID | 15 | Customer phone number.did15 |
| 135 | UMOBILEPERAK | UPR | 2--200 | Customer phone number.UPR5 |
Jadual di atas
menunjukkan beberapa kod arahan sms yang boleh digunakan.
RELOAD
Contoh 1:
Anda ingin topup nombor celcom
0131234567 sebanyak RM10.
Taip kod arahan sms:
0131234567.c10 dan hantar ke salah satu
nombor gateway
Gambar untuk contoh 1
Contoh 2:
Anda ingin topup nombor maxis 012345678
sebanyak RM30
Taip kod arahan sms:
0123456789.m30 dan hantar ke salah satu nombor gateway
0123456789.m30 dan hantar ke salah satu nombor gateway
Gambar untuk contoh 2
RELOAD BATCH
Sekiranya anda ingin topup lebih
daripada satu nombor dalam satu masa, lihat contoh 3 di bawah.
Contoh 3:
Katakan anda mahu topup nombor celcom
0131234567 sebanyak RM10, maxis 012345678 sebanyak RM30 dan digi
0112345678 sebanyak RM5.
Taip kod arahan sms:
0131234567.c10;0123456789.m30;0112345678.d5 dan hantar ke salah satu nombor gateway.
0131234567.c10;0123456789.m30;0112345678.d5 dan hantar ke salah satu nombor gateway.
Gambar untuk contoh 3
CHECK STATUS NOMBOR CUSTOMER
Check status adalah untuk mengetahui status transaksi sama ada berjaya ataupun tidak.
Contoh 4:
Anda ingin memeriksa status nombor
customer 0112345678. Taip kod arahan sms:
Check 0112345678 dan hantar ke nombor gateway
Check 0112345678 dan hantar ke nombor gateway
Gambar untuk contoh 5
CHECK BALANCE
Anda juga boleh memeriksa baki akaun anda di 68topup.com dengan hanya menggunakan kod sms. Anda hanya perlu taip BAL dan hantar ke nombor gateway.
Gambar untuk check balance
TAMBAH BALANCE/TAMBAH MODAL
Anda perlu submit butiran bank in sekiranya anda tambah modal RM100 ke atas melalui akaun admin dan bukan dealer. Anda juga boleh sebmit butiran tersebut melalui kod arahan sms seperti di bawah.
bi*namabank*nilai*tarikh*masa dan send
kepada nombor gateway
Contoh 6:
Bank in modal RM120 ke akaun maybank pada 9 april pukul 2.50 pm
Bank in modal RM120 ke akaun maybank pada 9 april pukul 2.50 pm
Taip bi*maybank*120*0904*1450 dan send ke
nombor gateway seperti gambar di bawah.
Gambar untuk contoh 6
Contoh 7
Bank in modal RM200 ke akaun cimb pada 13 April pukul 9.30 am
Taip kod sms:
bi*cimbbank*200*1304*0930 dan send ke nombor gateway
Monday, 27 April 2015
CHANGE PASSWORD
05:23
|
ChangePassword adalah suatu fungsi untuk anda menukar kata laluan anda. Fungsi ini adalah penting kerana selepas didaftarkan, kata laluan secara rawak akan dihantar kepada anda, dan anda perlu menukar kata laluan tersebut demi keselamatan.
Paparan apabila fungsi ChangePassword dipilih
Di bahagian old password, masukkan kata laluan lama anda.
Di bahagian New Password, masukkan kata laluan baru anda.
Di bahagian Retype Password, masukkan kata laluan baru anda sekali lagi. Kemudian klik save.
*Pastikan anda ingat kata laluan baru anda kerana kata laluan inilah yang akan anda guna untuk log in selepas ini.
Sunday, 26 April 2015
SMS FEE
05:48
|
SMS Fee adalah senarai harga ataupun caj yang dikenakan apabila anda melakukan transaksi khusus dengan menggunakan sms. Sekiranya anda melakukan transaksi-transaksi ini dengan menggunakan laman web ataupun applikasi android, tiada caj yang akan dikenakan.
Paparan yang kelihatan apabila SMS Fee diklik
Daripada gambar di atas, anda dapat tahu bahawa sekiranya anda melakukan dua transaksi di atas iaitu Broadcast_Message ataupun Reset_Password melalui sms, RM1.00 dan RM0.50 caj akan dikenakan masing-masing.
Subscribe to:
Comments
(Atom)


























